Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata jumlah set komputer perjudian yang dirampas itu membabitkan 158 kertas siasatan.
"Kesemua komputer mesin perjudian ini telah mendapat arahan pelupusan daripada Mahkamah Majistret Ampang Jaya selepas polis mendakwa kesemua pesalah di mahkamah dan mereka telah dijatuhkan hukuman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melupuskan barang kes itu di Balai Polis Pandan Indah dekat sini, Khamis.
"Lesen-lesen siber yang telah dikeluarkan kepada mereka bagi tujuan perniagaan kafe siber secara sah telah disalahgunakan bagi mengaut keuntungan,"katanya.
Khairuldin juga menyarankan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya supaya tidak memberikan semula lesen terhadap premis yang sememangnya terbukti menjalankan kegiatan perjudian.