Beliau akan terus berbuat demikian sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) menukar Ketua Pengarah ROS dan beberapa pegawai lain yang terlibat dalam siasatan pemilihan semula parti itu.
"Saya melakukannya untuk masyarakat India dan saya akan mogok lapar sehingga nafas terakhir saya sekiranya terpaksa," katanya.
G. Kumaar ditemani ahli jawatankuasa kerja pusat MIC (CWC) K.P Samy, Ketua Penerangan MIC, L. Sivasubramaniam dan peguam parti itu, T. Rajasekaran.
Kumpulan tersebut terlebih dahulu berkunjung ke pejabat ROS untuk bertemu Ketua Pengarah bagi membincangkan mengenai pembatalan jawatan Setiausaha Agung dan CWC MIC sebelum tempoh 90 hari yang ditetapkan bagi pemilihan semula parti tersebut.