Menteri Dalam Negeri menambah, dua penjara iaitu di Tapah dan Bentong telah digunakan untuk menahan suspek rakyat Malaysia.
"Mereka ditempatkan di sel berasingan untuk mengasingkan mereka daripada penghuni-penghuni lain.
"Ini adalah untuk memastikan mereka tidak mempunyai apa-apa peluang untuk mengajar, mempengaruhi atau menyebarkan ideologi mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Penolong Setiausaha Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara Amerika Syarikat, Daniel R Russel, di sini, Khamis.
Ahmad Zahid berkata setakat ini 67 orang rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai hubungan dengan IS telah ditangkap.