suria

AirAsia Hapuskan Surcaj Bahan Api

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan menghapuskan surcaj bahan api bagi semua syarikat penerbangan dalam kumpulan itu mulai Isnin sejajar dengan penurunan harga minyak dunia.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga akan menghapuskan surcaj bahan api bagi operasi penerbangan jarak jauh syarikat sekutunya AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, berkata langkah itu adalah baik kepada pengguna dan ekonomi, kerana industri pelancongan membuka banyak peluang pekerjaan.

Keputusan itu dibuat pada November 2014, tetapi kami baharu mampu melaksanakannya sekarang. Kami percaya penghapusan surcaj dan mengurangkan kos perjalanan akan menjadi pemangkin utama kepada industri pelancongan," katanya.

Penghapusan surcaj bahan api dijangka mengurangkan lagi kos perjalanan dan menyemarakkan permintaan untuk perjalanan dan pelancongan.
AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Gudang Kayu Musnah Terbakar

Artikel Lain