Setiausaha MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, 14,238 adalah dari Filipina, Indonesia (3,782 orang) dan negara-negara lain (268 orang).
"Kesemua PATI yang dihantar pulang itu adalah antara 20,096 orang yang ditahan sepanjang 2014 dan sebahagiannya masih berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS)," katanya pada sidang media di PTS Tawau, di sini, Isnin.
Sementara itu, Rodzi berkata bagi tempoh 1 Januari sehingga hari ini, sebanyak 1,479 PATI telah dihantar pulang.
Sementara itu, Rodzi berkata pihaknya telah menahan sebanyak 140 PATI dalam operasi dua hari berakhir pada Ahad di sekitar Tuaran dan Kota Belud.
Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur 18 bulan hingga 58 tahun dengan 132 daripadanya berasal dari Filipina serta lapan orang lagi dari Indonesia.
"Kesemua mereka ditahan di kawasan tapak pembinaan, rumah kongsi, kawasan umum dan di premis perniagaan di sekitar daerah berkenaan," katanya.