Beliau berkata tiada pelabur yang sudi datang ke sesebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang kuat dan stabil.
Menjawab soalan daripada hadirin selepas menyampaikan ucap utama pada Pameran dan Persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Sarawak ketiga di sini pada Selasa, beliau berkata apabila berlaku pertukaran kerajaan secara mengejut, dasar juga akan berubah secara mengejut atau dasar lama akan diamalkan semula.
"Sekiranya anda sering menukar kerajaan, anda akan mengusir pelabur. Anda juga mengganggu kelicinan fungsi kerajaan," katanya.
Dr Mahathir berkata sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi kerajaan memberi keutamaan terhadap usaha melahirkan pekerja berpendidikan tinggi.
Mengenai industri minyak dan gas, beliau berkata industri hiliran jauh lebih penting daripada industri huluan.
"Harga minyak akan terus naik turun. Oleh itu, kita perlu memberi fokus terhadap penyelidikan mengenai produk petrokimia dan gas baharu serta aplikasinya.
"Sebagai contoh, sekarang kapal terbang besar diperbuat daripada bahan kopmposit, bukan lagi daripada aluminium.
"Apabila harga bahan komposit jatuh, permintaan terhadapnya akan meningkat bagi menghasilkan semua jenis kenderaan," katnya.