Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu.
Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata tugasan paling kritikal adalah untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan oleh kumpulan pakar daripada beberapa negara.
Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan.