suria

Krisis MIC: PM, TPM Campur Tangan

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan campur tangan dalam kemelut dalaman MIC yang dilihat semakin meruncing hingga menjejaskan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin berkata, campur tangan itu perlu selepas melihat perkembangan krisis dalaman komponen BN itu seakan sudah tidak terkawal.

"Dengan keadaan yang sudah tercetus ini, kita perlu campur tangan. Kalau biarkan begitu nampak tak ada penyelesaian.

"Jadi pimpinan BN iaitu Perdana Menteri dan saya sendiri akan campur tangan untuk kebaikan parti itu (MIC) dan BN," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, Khamis.

Tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, kepimpinan tertinggi MIC akan dipanggil mengadakan pertemuan segera dengan kepimpinan BN dalam masa terdekat.

"Saya lihat agaknya presiden MIC (Datuk Seri G. Palanivel) sudah tidak berapa fokus...saya bukan nak mengkritik tetapi tentang masalah ini sehingga tercetus pelbagai perkara yang agak luar kawalan...ini pastinya tidak baik," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan MIC adalah meneliti semula cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS).




Muhyiddin Yassin, MIC, campur tangan, BN

Artikel Lain