suria

Palanivel Tidak Layak Terajui MIC - Ketua Pemuda

C. Sivarraajh.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri G. Palanivel meletakkan jawatan kerana mendakwa pemimpin berkenaan tidak layak menerajui parti berkenaan. 

Sivarraajh berkata, beliau sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku di ibu pejabat parti itu pada rAbu. 

"Saya diberitahu (naib presiden) Datuk M. Saravanan dan Ketua Wanita, M. Mohana diganggu  beberapa samseng yang turut menghalang mereka daripada memasuki bangunan tersebut. 

"Saya juga dimaklumkan bahawa Presiden dan Setiausaha Agungnya (Datuk G. Kumaar Aamaan) telah mengupah pengawal untuk menghalang mereka," dakwa Sivarraajh pada sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 100 penyokong di ibu pejabat parti selepas insiden itu berlaku. 

Dia juga mendakwa sebagai presiden parti, Palanivel tidak mengendahkan notis yang diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). 

"Kami telah melalui pelbagai konflik sejak sebulan yang lalu dan beliau sebagai presiden sangat sukar untuk dihubungi. 

"Awal pagi tadi, seorang individu kurang upaya telah datang ke ibu pejabat namun dia telah dihalau sebelum sempat kami mengetahui apa yang dia perlukan. Ini satu perkara yang tidak boleh diterima. 

"Parti ini milik rakyat, dan perbuatan menutup pintu kepada orang awam adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan prinsip mana-mana parti politik," kata Sivarraajh sambil menambah sayap Pemuda akan mengambil tanggungjawab bagi memastikan keselamatan ahli parti dan orang awam di ibu pejabat MIC terjamin. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain