Dalam saman tersebut, kerajaan menamakan bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk S.Ambiga dan 14 yang lain sebagai defendan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas mendengar perbicaraan penuh pada Jumaat.
Dalam tuntutannya, kerajaan telah memohon satu pengisytiharan bahawa jawatankuasa tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kerajaan turut menuntut ganti rugi khas sebanyak RM110,543 atas kerosakan yang ditanggung semasa perhimpunan tersebut.
Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 8 Jun lalu, Ambiga berkata, beliau berhak mendapatkan ganti rugi bagi pencabulan kebebasan hak asasinya dan atau dengan alasan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan dan agensinya.