suria

MH370: JPN Keluarkan Perakuan Kematian Selepas Perintah Mahkamah

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan perakuan anggapan kematian setelah menerima perintah mahkamah yang dikemukakan oleh waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

"Permohonan perintah mahkamah perlu dibuat berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan," kata JPN dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat.

Semalam, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan dengan rasminya bahawa insiden pesawat MH370 adalah satu kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap meninggal dunia.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang daripada radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Beijing pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac 2014.

Pesawat MAS itu dijadual tiba di ibu negara China itu pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama.

MH370, MAS

Artikel Sebelum

Lagi Kanak-Kanak Jatuh Bangunan

Artikel Berikut

Saya Ada Bukti - Mustafa

Artikel Lain