"Kami kena perolehi bukti terlebih dahulu seperti yang didakwa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.
Presiden Umno itu juga mahu badan kerajaan yang relevan mengambil tindakan sewajarnya.Dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan terkemuka cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan tersebar di laman blog baru-baru ini.
Walaupun ringgit lemah, Najib berkata ekonomi negara berada pada landasan yang tepat.