Menurut Pengurus Besar kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, jurutera TNB masih dalam proses menyiasat punca kejadian.
"Bekalan elektrik dipulihkan melalui penjana kuasa mudah alih yang sedia ada tetapi tidak bertahan lama disebabkan muatan berlebihan dari sambungan bekalan sementara yang menyeluruh.
"Pasukan TNB berada di tempat kejadian untuk memulihkan bekalan daripada dua penjana kuasa mudah alih tambahan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Bekalan elektrik ke kawasan itu terputus pada 8.50 malam dan sehingga tengah malam Isnin, bekalan belum dipulihkan.