Beliau berkata berkata semua pihak termasuk MCA perlu bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menangani kenaikan harga barangan.
Kenyataannya sebelum ini meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga Cina, bukan sahaja memberi faedah kepada kaum Melayu tetapi juga pengguna berbangsa Cina.
"Sepatutnya Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menyeru pengguna Cina untuk guna suara mereka untuk memberi tekanan kepada peniaga dan pemborong ini," katanya dalam kenyataan di sini bagi mengulas kenyataan Chong yang mendakwanya rasis dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Nampaknya Pemuda MCA tidak tahu keutamaan siapa yang patut mereka lindungi.
Saya juga berpandangan Ketua Pemuda MCA ini tidak mempunyai semangat BN kerana bersekongkol dengan DAP, musuh BN dalam menghadapi isu ini," katanya.
Chong dalam kenyataannya membidas kenyataan Ismail Sabri itu dengan berkata: " Untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenytaan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail Sabri hanya membuat kenyataan peribadi dan bukan pendirian Kabinet mahupun BN.
"Ismail Sabri sebelum ini telah menegaskan bahawa kenyataannya berkaitan boikot itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.