Ngeh berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan terhadap Ismail Sabri.
"Dia ada tempoh tujuh hari untuk menarik semula kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada saya dan juga keluarga, jika gagal berbuat demikian saya akan mengheret perkara ini ke mahkamah.
"Saya bertindak demikian bukan untuk menyamannya tetapi beliau amat degil dan bongkak," kata Ngeh kepada pemberita di sini Jumaat.
Sehingga hari ini, Ismail Sabri enggan memohon maaf.
Ngeh yang sekali lagi menegaskan beliau tidak memiliki pegangan saham di Old Town Bhd turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat Ismail Sabri kerana terus didakwa berbohong untuk mengelak bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut.