suria

Warga Asing Mati Dengan Kesan Kelaran di Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemukan mati dengan kesan kelaran pada leher di sebuah kilang membuat bingkai tingkap di Jalan Pinang Jaya, Kepala Batas awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata mayat lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu ditemukan terbaring di atas lantai di belakang kilang dalam keadaan berlumuran darah di bahagian leher.

"Kita telah menerima laporan pada pukul 2.20 pagi tadi oleh orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki warga asing terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan sebilah pisau ditemui berdekatan mayat.

"Pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan teruk di bahagian leher," katanya ketika dihubungi.

Adzaman berkata beberapa pekerja kilang terbabit turut ditahan untuk soal siasat.
warga asing, kena kelar

Artikel Lain