suria

Polis Tahan Bekas Komander Kumpulan Pengganas Paling Dikehendaki Di Timur Tengah

Polis menahan seorang lelaki dipercayai bekas komander kumpulan pengganas dari Timur Tengah, di ibu negara minggu lepas. Suspek berusia 45 tahun itu ditangkap di bawah Akta Imigresen 1956/63 kerana disyaki menguna pasport palsu dan telah diusir balik ke negara asalnya semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang anggota militan warga asing berusia 45 tahun ditahan ketika sedang transit di Malaysia menggunakan pasport palsu.

Suspek yang juga anggota kanan sebuah kumpulan militan di Syria ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di sebuah hotel di Bukit Bintang kira-kira pukul 4.40 petang pada 31 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek menyertai kumpulan militan tersebut sejak Mei 2012.

"Kami percaya suspek juga pernah memasuki Timur Tengah, utara Afrika dan Asia Tenggara sebelum memasuki Malaysia bulan lalu.

"Suspek juga merupakan bekas komander sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di Iraq dan Syria," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata suspek juga disenaraikan dalam senarai individu paling dikehendaki pihak keselamatan sebuah negara di Timur Tengah.

"Suspek ditahan di bawah kesalahan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggunakan pasport palsu. 

"Suspek telah diusir balik ke negara asal pada 6 Februari (Jumaat) dalam satu operasi khas," katanya.

Artikel Sebelum

Menanti 'Sabda' Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan