suria

KPDNKK Rampas Aksesori Motosikal

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas aksesori motosikal berjenama Givi bernilai RM30,000 di Jinjang Utara Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Bertindak hasil aduan seorang pengadu, serbuan dibuat di sebuah rumah teres dua tingkat yang dijadikan stor simpanan.

Hasil pemeriksaan hanya tingkat bawah premis itu digunakan sebagai stor manakala bahagian atas disewa oleh penyewa lain.

Barangan yang dirampas ialah 200 helai baju hujan dan 100 unit beg dari jenama Givi.

Operasi diketuai Nur Asyikin Bahari bersama empat orang pegawai.

KPDNKK

Artikel Lain