PETALING JAYA: Seorang lelaki disahkan maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah lori di kilometer 29 Lebuh Raya Karak. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.40 malam Sabtu. "Lima anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang dihantar ke tempat kejadian," katanya. Mohd Sani berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Halim Shamsuddin, 43, disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian manakala mangsa yang lain, Mohd Azwan, 25, cedera teruk dalam kejadian itu. Kemalangan itu sedang disiasat.