suria

GST: Harga Kereta Akan Naik Atau Turun?

KUALA LUMPUR: Tersebar khabar angin yang mengatakan harga kereta akan turun  dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ialah lebih rendah daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 

Pengarah bahagian GST, Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata selepas mengambil kira pengagihan keuntungan secara margin, harga kereta dijangka 'lebih rendah', di bawah GST walaupun terdapat perbezaan antara GST dan SST. 

"Industri automotif menjadi sangat efisien dan kompetitif secara beberapa tahun kebelakangan ini. Cukai hanya salah satu faktor. 

"Syarikat pengeluar seharusnya menurunkan harga sekiranya kos pengeluaran rendah ekoran penurunan harga bahan mentah dan alat komponen kereta," katanya. 



Harga besi dan bahan mentah mula turun sejak penurunan harga minyak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad berkata harga kereta mungkin akan naik dan bukannya turun. 

Hal ini kerana syarikat pengeluar kereta sudah membayar 10 % dalam SST bagi kereta yang dibeli sebelum April dan mereka mereka yang membeli daripada pengedar atau pengeluar tidak boleh membuat tuntutan balik 20% daripada cukai jualan yang telah dibayar. 

"Bermula 1 April, pengguna terpaksa membayar 6 % GST. Secara keseluruhan, cukai yang perlu dibayar 8 % ( termasuk sebahagian daripada SST yang tidak akan dipulangkan) termasuk 6% GST. Ini bermakna harga kereta akan naik (dalam tempoh sementara) kerana anda perlu membayar cukai sebanyak dua kali, kata Aishah. 

Namun beliau berkata, GST hanyalah elemen yang kecil dalama menentukan harga kereta kerana elemen yang lebih besar menentukan harga adalah syarikat yang akan melaksanakan cukai tersebut dan membayarnya kepada Jabatan Kastam. Ia berjumlah antara 65 % hingga 105% bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan.

 
Faktor tersebut, merupakan sebab utama yang menjadikan harga kereta di Malaysia antara yang termahal di dunia. 

"Kami telah meminta pengurangan cukai eksais namun jawapan yang kami terima masih sama, iaitu: 'Tidak'. 

"Hasil kerajaan diperolehi daripada cukai (cukai eksais, SST dan cukai import) dan industri automotif di Malaysia menyumbang sebanyak RM7 bilion setiap tahun. Ia merupakan satu jumlah yang cukup besar." 

Beliau menambah perbezaan antara dollar Amerika Syarikat terhadap Ringgit Malaysia turut memberikan kesan terhadap harga kereta. 

Berbanding pada bulan Januari, perbezaan tukaran dolar Amerika Syarikat berbanding Ringgit Malaysia ialah 28% hingga 32%. 

Kebanyakan syarikat pengedar kereta menggunakan nilai tukaran mengikut dolar Amerika Syarikat untuk membayar pakej mereka, termasuk kereta yang diimport daripada Jepun dan Korea Selatan. 

Bukan itu sahaja kebanyakan alat komponen dan alat gantian kenderaan juga dijual dalam nilai dolar Amerika Syarikat. 

"Dengan kadar pertukaran yang tinggi, mereka terpaksa mengatasi masalah ini dan apa yang boleh dilakukan adalah dengan menjual kenderaan mengikut harga pasaran sedia ada. 

"Namun sampai bila mereka mampu bertahan dan menanggung kerugian? Sekiranya mereka rugi, akhirnya akan terpaksa menaikkan harga," katanya.
GST, harga kereta, SST

Artikel Lain