suria

Lebih 7,000 Pemuda Umno Terlibat Bantuan Pasca Banjir

Khairul Azwan (tiga kanan), Naib Canselor Kolej Segi Universiti Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor, Professor Dr. Muhamad Awang (kanan) melakukan 'flag off' pada Majlis Pelancaran Misi Bantuan Banjir kerjasama antara Kolej Segi Universiti dan Pemuda Umno Malaysia, Isnin.

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno telah menggerakkan lebih 7,000 anggotanya di seluruh negara bagi membantu kerja pasca banjir di negeri-negeri terlibat baru-baru ini.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata mereka membantu untuk kerja-kerja pembersihan kawasan termasuk sekolah, masjid, hospital serta pembinaan semula rumah dan pengagihan bantuan keperluan.

Pergerakan itu juga telah mengumpul lebih RM300,000 sumbangan tunai dari syarikat korporat dan ia telah disalurkan kepada mangsa banjir, katanya kepada pemberita selepas majlis 'flag off' konvoi sumbangan kelengkapan hospital kepada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kelantan oleh Kolej Universiti Segi di sini, Isnin.

Turut hadir Naib Canselor Kolej Universiti Segi Prof Muhammad Awang.

Muhammad pula berkata, selain menyumbang kelengkapan hospital bernilai RM200,000, universiti berkenaan merancang untuk menyumbang kelengkapan sekolah seperti meja dan kerusi di Maran, Pahang.

"Kita difahamkan semasa sukarelawan kita ke sana, ada murid yang belajar di lantai, jadi kita akan hantar sumbangan ini dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain