suria

MIC: CWC 2009 Kelola Proses Pemilihan Semula

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang dipilih pada 2009 diberi kuasa sepenuhnya sebagai ahli CWC interim untuk mengadakan pemilihan semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli CWC interim perlu menubuhkan satu jawatankuasa pilihan raya bagi mengendalikan proses pemilihan semula itu selewat-lewatnya Julai ini.

"Kegagalan MIC melaksanakan pemilihan semula boleh menyebabkan tindakan pembatalan di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 diambil ke atas parti itu," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Menurut Ahmad Zahid, pemilihan peringkat cawangan perlu diadakan pada April ini sementara pemilihan jawatan presiden perlu diadakan pada Mei.

Sementara itu pemilihan peringkat bahagian perlu diadakan pada Jun dan pilihan raya peringkat sayap hendaklah diadakan dalam tempoh April hingga Jun.

Tambah Ahmad Zahid lagi, pemilihan bagi jawatan timbalan presiden, jawatankuasa CWC dan naib presiden serta mesyuarat agong hendaklah diadakan pada Julai.


MIC, CWC

Artikel Lain