suria

Tahap Kesihatan Nik Aziz Menurun

Nik Aziz Nik Mat

PETALING JAYA: Tahap kesihatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menurun selepas menjalani rawatan ulser yang dialaminya pada Rabu.

Menerusi laman Facebook anaknya, Nik Mohamad Abduh memberitahu, doktor sedang berusaha menstabilkan keadaan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya tidak pasti samada ayahanda akan dibenarkan pulang pada pagi Jumaat sebagaimana dijadualkan. Saya tunggu pengesahan doktor," katanya pada petang Khamis.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mengharapkan semua pihak mendoakan agar Mursyidul Am PAS itu kembali sihat.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 20 Januari lalu kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Mursyidul Am PAS itu mengetuai pentadbiran Kelantan dari 1990 hingga 2013.

Artikel Sebelum

Wanita Maut Dihempap Kontena

Artikel Berikut

Artikel Lain