PUTRAJAYA: Malaysia melahirkan rasa sedih terhadap berita kematian Kayla Mueller, pekerja bantuan kemanusiaan Amerika Syarikat yang ditawan dan dikurung kumpulan militan IS pada 2013 dan dilaporkan dibunuh di Syria. Kementerian Luar dalam kenyataan Khamis berkata, Malaysia mengutuk penawanan dan pengurungan tanpa belas kasihan, orang awam yang tidak bersalah, yang membawa kepada kematian Kayla Mueller. "Malaysia melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kayla Mueller dan kerajaan Amerika Syarikat. "Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi saat sukar," menurut kenyataan itu.