suria

Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Petronas Coffee Break

Mohd Ibrahimnuddin melawat sekitar The Star dengan diiringi Editor Eksekutif, Brian Martin (kanan). Foto: AZMAN GHANI / The Star

PETALING JAYA: Sempena meraikan Tahun Bari Cina tahun ini, Petronas Dagangan Berhad (PDB) mempelawa semua pemandu untuk singgah di stesen-stesen Petronas yang terpilih untuk menyegarkan diri dan berehat seketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Kempen Petronas Coffee Break anjuran PDB membolehkan pada pemandu menikmati sebotol minuman Wonda Premium Mocha Coffee yang akan diedarkan di dalam pek-pek yang juga mengandungi snek-snek seperti Munchy's Oat Krunch, Coklat Lexus dan paket ang pow Tahun Baru Cina.

Pengarah Urusan dan ketua Pegawai Eksekutif PDB, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, Petronas Cofee Break merupakan sebahagian daripada komitmen Petronas untuk memastikan keselamatan  di jalan raya dengan menggalakkan pemandu untuk berehat seketika.

"Melalui kempen ini, kami mengingatkan pengguna jalan raya terutama mereka yang akan memandu jarak jauh agar berhenti dan rehat secukupnya di sepanjang perjalanan mereka.

"Keletihan boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk bertindak dengan pantas apabila berlaku sebarang perubahan yang mendadak terutama situasi yang mencabar.

Mohd Ibrahimnuddin (tiga, kiri) diberi penjelasan oleh editor foto Ng Kok Leong (duduk). Turut kelihatan Editor Eksekutif Brian Martin (kiri), Editor Khas M. Shanmugam (merah) dan Editor Eksekutif Mstar Rozaid Abdul Rahman (kanan).

"PDB ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia dan semoga anda selamat pulang ke kampung halaman," jelasnya dalam satu kenyataan yang diedarkan ketika lawatan ke The Star Publication Berhad pada Jumaat.

Dianjurkan untuk tahun ke-16 berturut-turut, fasa pertama program ini akan bermula pada 14-15 Februari dan menyambung semula bagi fasa kedua dari 21-22 Februari di 39 buah Stesen Petronas terpilih di sepanjang lebuhraya dan jalan utama di seluruh negara.

Kempen ini merupakan program perdana keselamatan jalan raya yang dianjurkan di seluruh negara oleh PDB.

Ia bertujuan untuk mendidik pemandu yang akan pulang ke kampung halaman sewaktu musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aldilfitri agar menerapkan aspek keselamatan di jalan raya ketika memandu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjur mengenai kempen yang bakal berlangsung ini dan lokasi yang terlibat, boleh layari laman web www.mymesra.com.my.

Artikel Berikut

Artikel Lain