Dalam catatan di laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, fasa pertama jajaran projek iaitu bahagian bertingkat dari Sungai Buloh ke Semantan dijangka mula beroperasi pada Disember 2016 manakala fasa seterusnya pada Julai 2017.
"Projek ini dapat memperbaiki jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang dan memberi kemudahan kepada 1.2 juta penduduknya," katanya.
Laluan pertama MRT Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer merangkumi 31 stesen.