Ka CHuan berkata, kerajaan perlu melakukan kedua-duanya dalam usaha untuk mencapai sasaran hasil cukai RM46 bilion untuk tahun ini.
"Kita perlu mewujudkan ekonomi yang bertenaga dan mencapai perolehan yang lebih baik. Hanya dengan cara itu cukai dapat dikutip dan pelaksanaan GST akan berjaya, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ang pow kepada 2,000 warga emas di dewan Tokong Tow Boo Keong di sini, Sabtu.
Membidas gesaan untuk melakukan boikot, Ka CHuan berkata sebarang serangan yang dilakukan ke atas perniagaan semata-mata akan akan memberi kesan terhadap ekonomi negara dan menjejaskan usaha memungut GST.
Ka Chuan berkata Kementerian Kewangan, melalui Jabatan Kastam, telah memasukkan mekanisme yang perlu untuk memudahkan pelaksanaan GST.
"Sudah tentu penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditanya jika mekanisme sedia ada tidak mencukupi.