KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang dituduh menculik seorang pelajar Belanda telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri. Chong Tat Siong, 25, yang berkerja sendiri bersama-sama penjual telefon bimbit, Fong Khar Fai, 21, serta penganggur Lee Phak Seng, 25, akan mengemukakan hujah pembelaan terhadap kes culik kanak-kanak berusia 12-tahun dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan RM300,000. Hakim Kamardin Hashim memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie berdasarkan keterangan mangsa dan bukti sokongan. Testimoni kanak-kanak itu telah mengenal pasti Chong, Foong dan Lee sebagai orang yang telah menculik dirinya dari sekolahnya, mengurungnya di sebuah rumah di Chemor, Perak dan kemudian melepaskannya di hentian rehat dan rawat (R & R) Rawang. Mahkamah menetapkan 6-8 Mei untuk mendengar kes pembelaan.