KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan harapan semoga rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong menjalani pembedahan yang berjaya dan segera sembuh. "Semoga sahabat baik saya PM Lee Hsien Loong menjalani pembedahan yang berjaya dan sembuh sepenuhnya dengan segera," kata Najib dalam catatan terbarunya dalam laman Facebook dan Twitternya. Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri Singapura menyatakan Hsien Loong telah didiagnosis menghidap kanseer prostat dan akan menjalani pembedahan esok bagi membuang kelenjar prostat. Rawatan 'keyhole' prostatektomi akan dlakukan oleh Prof Christopher Cheng, pakar urologi terkemuka di Hospital Besar Singapura (SGH).