suria

Turun Harga Khidmat Telekomunikasi: MCMC Sambut Baik

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada syarikat telekomunikasi supaya menurunkan harga perkhidmatan komunikasi sambil menyifatkan langkah itu memanfaatkan pengguna untuk jangka masa panjang.

Pengerusi MCMC, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, harga berpatutan untuk perkhidmatan seperti pakej jalur lebar bukan sahaja akan mengurangkan beban rakyat bahkan meningkatkan kadar pengambilan pakej.

Katanya, ia juga dapat memastikan rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah tidak ketinggalan dalam era digital ini. Dengan kadar harga jalur lebar yang berpatutan, ia akan mewujudkan lebih banyak permintaan untuk kandungan lantaran merangsang pertumbuhan industri kandungan tempatan.

Sehubungan itu, kata beliau, MCMC akan melaksanakan kajian semula terhadap kadar runcit dan akan bekerjasama dengan pihak industri bagi membangunkan harga pakej jalur lebar yang berpatutan demi manfaat jangka panjang pengguna.

MCMC juga bercadang untuk mengadakan siri perbincangan dengan pihak industri pada suku kedua tahun ini mengenai kawal selia harga runcit bagi memastikan peraturan-peraturan adalah selaras dengan perkembangan semasa, sesuai dengan sektor Komunikasi dan Multimedia yang kian berkembang, jelas Dr. Halim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain