suria

Pekerja Wanita Maut Akibat Sesak Nafas Dalam Kebakaran

IPOH: Seorang pekerja wanita maut selepas terperangkap dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat berhampiran sebuah pasar raya di Greentown, di sini, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian pada kira-kira 4 pagi itu, Norhashimah Mohd Ismail, 48, yang sedang tidur bersama anaknya, Siti Nur Ayu Jamal, 17 di tingkat satu bangunan itu, maut akibat sesak nafas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kejadian berkenaan pada 4.45 pagi.

Katanya, Siti Nur Ayu hanya mengalami cedera ringan selepas berjaya menyelamatkan diri.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain