suria

Pengisytiharan Aset Milik Anggota Polis Bakal Dilaksana

KUALA LUMPUR: Sistem pengisytiharann aset oleh anggota-anggota polis bakal dilaksanakan tidak lama lagi bagi memastikan tiada pegawai yang hidup mewah diluar kemampuan sendiri atau terlibat dengan rasuah.

Sistem pengisytiharan harta benda yang akan diperkenalkan ini akan menjelaskan butiran lanjut maklumat setiap aset yang dimiliki anggota berdasarkan pangkat dan tempoh berkhidmat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Senior Deputi Komisioner Polis Datuk Zubaidah Md.Ismail berkata, sistem pengishtiharan aset untuk kakitangan di bawah Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

"Tahun ini kami merancang untuk melaksanakan profil aset. Ia akan lebih terperinci dan memerlukan pegawai mengisi segala butiran aset dan harta benda.

"Contohnya, pegawai yang berpangkat SDCP dijangka mempunyai jumlah wang tertentu serta harta benda.

"Pengisytiharan sistem aset ini hanya untuk butiran  sahaja tanpa memerlukan penjelasan selanjutnya", katanya.

SDCP Zubaidah berkata, sistem terbaharu ini dilaksanakan di Bukit Aman bagi menilai pegawai-pegawai untuk memastikan tiada sebarang syak wasangka atau terlibat dengan rasuah.

"Jika anggota-aggota mengisytiharkan segala dengan jujur, sesuatu yang sukar untuk disabitkan kesalahan,"jelasnya.

SDCP Zubaikdah berkata, sistem ini akan dilaksanakan tahun ini.

"Jika ada keraguan terhadap pengisytiharan oleh pegawai itu, siasatan dalaman akan dilakukan," tambahnya.

Katanya, sistem ini bukan sahaja terhadap isteri atau anak-anak anggota sahaja, malah seluruh kaum keluarga anggota.

"Kami sedar sesetengah anggota menyembunyikan kekayaan mereka, tetapi akan akan cuba melakukan apa sahaja untuk mendedahkannya," jelasnya sambil menambah akan menyerahkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati bersalah.

Pegawai berpangkat tinggi termasuk Ketua Polis Negara (KPN) dijangka akan menjadi pegawai pertama yang akan melaksanakan sistem ini.

"Kami mahu jadikan KPN sebagai contoh, termasuk timbalannya dan pengarah cawangan yang akan memulakannya," katanya.

SDCP Zubaidah turut berkongsi pengalaman apabila melihat kemewahan oleh keluarga anggota.

"Terdapat pegawai-pegawai berpura-pura hidup dalam keadaan sederhana, namun isteri mereka hidup dalam keadaan mewah membeli-belah beg tangan yang mahal dan ia seperti sesuatu yang normal kepada mereka.

"Ia sesuatu yang pelik bagaimana isteri kepada pegawai biasa yang mempu membeli beg tangan mahal atau barang kemas," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain