Pegawai Meteorologi Kanan, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kehadiran angin yang lebih kuat daripada biasa berkemungkinan disebabkan oleh pelepasan tenaga yang tersimpan dalam atmosfera selepas kawasan Lembah Klang didapati tidak mengalami hujan lebat dan ribut petir dalam tempoh yang panjang.
Katanya keadaan sebegini juga boleh menyebabkan fenomena hujan batu terbentuk akibat daripada penghasilan ribut petir berintensiti tinggi bagi melepaskan tenaga atmosfera secara semula jadi.
"Melihat kepada radar cuaca pada ketika ini, ribut petir dan hujan lebat didapati sedang berlaku di kawasan sebelah utara Kuala Lumpur.
Mohd Hisham turut menjelaskan fenomena sebegini berkemungkinan boleh mendatangkan banjir kilat di beberapa tempat ekoran berlakunya hujan lebat dalam tempoh yang singkat.