suria

Masyarakat Tionghua Di Kemaman Terima Dana Raya

Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar

KEMAMAN: Sebanyak 2,028 masyarakat Tionghua di parlimen Kemaman pada Selasa menerima bantuan Dana Raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Khamis ini.

Bantuan diberi RM300 seorang untuk penerima kategori warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal manakala penerima kategori miskin pula menerima RM400 setiap ketua keluarga.

Bagi Tong Ngan Chai, 72, bantuan wang tunai itu akan dimanfaatkan untuk membeli pelbagai barangan keperluan bagi meraikan hari istimewa mereka.

"Saya sudah tua, sekarang cuma harap pada dua orang anak sahaja beri wang bulanan...mereka hanya bekerja sendiri sahaja dan pendapatan tidak menentu, jadi saya seronoklah dapat duit RM300 hari ini," kata warga emas itu ketika ditemui Bernama.

Majlis pengagihan wang Dana Raya itu dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Han Tong Juan, 45, berkata bantuan itu akan digunakan untuk membeli sedikit barang dapur bagi meraikan bakal tetamu yang bertandang ke rumahnya di Kemasik pada Khamis dan Jumaat ini.

"Saya hanya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Teluk Kalong dekat Kijal, namun pendapatan yang diperoleh juga tidak menentu bergantung kepada jumlah hari bekerja.

"Terima kasih banyak saya ucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang sangat prihatin dengan nasib kami, golongan kurang berkemampuan untuk terus ceria menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi," katanya.

Dana Raya adalah program bantuan khas yang diberi kepada rakyat Terengganuyang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum untuk meringankan beban kewangan mereka menjelang hari perayaan masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain