KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Seri Perdana, Putrajaya. "Kami sempat berbual mengenai banyak perkara, dan beliau turut menyampaikan jemputan kepada saya untuk menghadiri sidang kemuncak Global Green Growth yang akan berlangsung Julai depan, Insya-Allah," kata Najib di laman Facebook beliau Rabu malam. Menurut laman web institut itu, Susilo kini merupakan pengerusi Institut Global Green Growth, sebuah pertubuhan antarabangsa khusus untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan lestari di negara-negara membangun dan ekonomi baru muncul. Sidang kemuncak itu dijadual berlangsung Julai ini di Bali, Indonesia. Dalam pertemuan itu, Najib disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor bagi menerima kunjungan Susilo dan isteri Ani Yudhoyono.