KUCHING: Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sepatutnya mengadakan debat terbuka dengan Majlis Peguam berhubung kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, debat terbuka itu akan menamatkan spekulasi mengenai kes itu. "Cadangan saya supaya ia dihentikan. Mengapa mereka tidak berbahas (antara Shafee dan Majlis Peguam)....sekali untuk semua. Biarkan orang mendengar hujah mereka," kata Nancy kepada pemberita di sini pada Khamis. Nancy berkata kerajaan tidak meminta Shafee untuk menjalankan forum awam dan peguam itu setakat ini hanya bercakap berdasarkan jemputan pihak lain. "Shafee pergi berdasarkan permintaan. Kami (Kerajaan) hanya meminta beliau bercakap sekali untuk kumpulan antarabangsa," katanya. Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.