Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tawaran tersebut bertujuan memberi peluang kepada graduan Suksis menceburkan diri secara lebih lanjut dalam bidang kepolisan sejurus tamat pengajian.
"Dengan latihan selama tiga tahun di universiti, kami merasakan latihan tempoh asas juga akan dipendekkan sekiranya mereka terpilih untuk sertai PDRM.
"Namun mereka perlu lulus ujian integriti melalui 'Malaysian Integrity Test'.
Teks ucapannya dibacakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Sehingga kini, sebanyak 5,994 mahasiswa dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditauliah sebagai pegawai Kor Suksis sejak penubuhannya pada 2005.
Sementara itu, Acryl Sani berkata pihaknya telah menerima 1,300 permohonan pegawai lepasan Kor Suksis untuk memenuhi kekosongan jawatan tersebut.
Beliau juga berkata permohonan menjadi polis daripada kaum bukan Melayu semakin bertambah setiap tahun.