suria

Pelajar Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas

KOTA KINABALU: Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau di sini, ditemui mati.

Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 8 pagi pada Isnin.

Difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan tersebut oleh rakan sekerjanya. 

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata siasatan sedang dijalankan dan punca kematian masih belum dapat disahkan.

"Berikan kami masa, kami sedang menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi.


mati, Keningau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain