Peguam mewakili BritishIndia N. Sivaraj memberitahu pemberita pada Selasa bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan tidak rasmi untuk 'mengekalkan status quo' sementara menunggu perbincangan lanjut.
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan mendengar permohonan BritishIndia mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang pengurusan Suria KLCC mengusir butik berkenaan dari premisnya.
Hakim Nor Bee Ariffin telah menetapkan 29 Jun dan 30 untuk saman utama.
Syarikat pakaian itu adalah salah sebuah penyewa asal di pusat beli-belah itu yang berjaya menyewa premis di situ selama 16 tahun.