"Masalah hanya membabitkan sekumpulan terhad E-Class (Siri Model 212) dan CLS-Class (Siri Model 218).
"Pengedar sah kami akan memaklumkan kepada pelanggan yang berkenaan bermula pertengahan Mac ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka hanya mengambil masa kurang satu jam," kata syarikat itu dalam kenyataan, Selasa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Roland Folger berkata Mercedes-Benz Malaysia mematuhi standard keselamatan paling tinggi dan akan menangani semua kenderaan yang terjejas pada kadar segera.
Untuk maklumat lanjut, pemilik boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Mercedes-Benz Malaysia menerusi talian 1-800-88-1133, Isnin hingga Jumaat.