KOTA KINABALU: Gambar seorang lelaki yang kepalanya dipenggal yang tersebar di laman media sosial bukan ahli yang terlibat dalam sebarang pertempuran antara kumpulan di pantai timur Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menafikan bahawa gambar mayat seorang lelaki tanpa kepala yang menjadi viral pada Rabu berlaku dalam satu insiden di Tawau. Beliau berkata tiada kes pemenggalan dilaporkan di sekitar Sabah dan menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin seperti itu di media sosial. "Ia tidak berlaku di Sabah. Kami tidak menerima sebarang laporan berhubung kes itu," katanya. Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah turut menyangkal dakwaan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak benar. Pengguna Internet menyebarkan gambar yang dipercayai diambil susulan pertempuran antara kumpulan di Jalan Apas di Tawau.