suria

Anwar Pindah Ke Hospital Penjara

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke hospital penjara Sungai Buloh, kata Timbalan Pengarah Jabatan Penjara, Supri Hashim.

Beliau berkata Anwar ditempatkan di hospital setelah diperiksa oleh doktor.

"Ini berlaku sebelum dia dikunjungi oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada 25 Februari lalu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar dan sebab Anwar ditempatlan di hospital penjara.

Mengulas lanjut Supri berkata lawatan Azmin sebelum ini mengikut prosedur yang betul.

Katanya jabatan itu menerima permohonan menyatakan bahawa lawatan tersebut adalah berhubung dengan peranan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Keluarga dan peguam Anwar sebelum ini telah menyatakan kebimbangan bahawa keadaan di dalam sel penjara boleh memburukkan keadaan tulang belakang Anwar.

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Susah Jadi Adi Putra

Artikel Berikut

Artikel Lain