suria

PAS Kota Baru Kemukakan Calon Cabar Hadi

Hadi Awang

PETALING JAYA: PAS Kota Baru dijangka menamakan calon untuk mencabar kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan nombor satu pada pemilihan parti itu, lapor sebuah portal berita.

Semua bahagian kini mengadakan mesyuarat agung pada Sabtu dan menurut laporan itu, bahagian Kota Baru telah memilih calon untuk tujuan itu.

Pada mesyuarat pada Sabtu, akan diputusan sama ada calon berkenaan dipersetujui semua ahli di bahagian berkenaan.

Pada Selasa, pemimpin kanan PAS menjangkakan jawatan presiden akan dicabar pada pemilihan Jun ini.

Beliau berkata, lebih seorang calon akan bersaing dengan Hadi yang mempertahankan kedudukannya.

Berdasarkan suasana di peringkat akar umbi, beberapa pencalonan untuk jawatan tertinggi juga akan berlaku.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meramalkan jawatan tertinggi parti itu tidak akan ditandingi kerana tiada pemimpin yang berkebolehan untuk mencabar Hadi yang disokong kumpulan ulama.

Hadi belum pernah dicabar sejak menjadi pemangku presiden berikutan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002.
PAS, Kota Baru, Hadi Awang, Presiden

Artikel Sebelum

MH370 & Raja Bomoh

Artikel Lain