suria

Memori MH370: Maira Kongsi Kesedihan Di Instagram

Gambar kenangan Maira bersama bapanya, Andrew Nari.
KUALA LUMPUR: Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari berkongsi kesedihan di laman Instagramnya, sempena genap setahun kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Ahad.

Gadis itu memuat naik gambar berlatarbelakangkan langit bewarna jingga dengan tulisan #PRAYFORMH370 bagi menyatakan kesedihannya.

Melalui posting itu, Maira Elizabeth turut mengimbas detik-detik terakhir bersama bapanya di samping meluahkan kekesalannya kerana enggan mengikut beliau ke lapangan terbang pada hari kejadian.

"I should have followed. I remembered the smile on his face before he closed the door."("Saya sepatutnya ikut. Saya masih ingat senyuman di wajahnya sebelum dia menutup pintu."

Mesej yang diakhiri dengan kata-kata "We miss you, and we love you. Tremendously. May God protect each and everyone of you. Amen #RememberingMH370 #MH370AYearOn" (Kami merinduimu, dan kami menyayangimu. Teramat sangat. Moga Tuhan melindungi anda semua. Amen), mendapat lebih 1,373 'like'.

Maira Elizabeth turut menerima kata-kata perangsang daripada pengikutnya yang turut bersedih dengan kejadian itu antaranya @chenelisachenawawi yang mencatat: "Be strong gal, I'm sure your dad is so proud of how strong you are :)" (Bertabahlah. Saya yakin bapamu akan bangga betapa tabahnya kamu).

Sementara @nrznth pula berkata: "Ur such a strong girl, kak maira..stay strong always... our love  and  support will always be here for you, the family members of the crew  and  passengers of MH370" ("Anda seorang gadis bersemangat kental, kak maira... kuatkanlah semangat... kasih dan sokongan kami sentiasa buatmu, keluarga kru dan penumpang MH370).

Dalam pada itu, Maira Elizabeth melalui akaun Twitternya, @Gorgxous_ menggambarkan perasaannya yang penuh emosi mengenang nahas misteri itu dengan menulis: "An emotional night #MH370AYearOn" (Malam penuh emosi #MH370AYearOn).

Pada 8 Mac tahun lepas, Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan tidak sampai setengah jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi. 

Sementara itu, rakyat Malaysia turut berkongsi kesedihan mengenai kehilangan pesawat MH370 menerusi laman sosial pada Ahad dengan doa dan harapan agar semua pihak terlibat terus tabah menghadapi dugaan itu.

Seorang pemegang akaun Twitter bernama @ahmadhsyam berkata: "Genap setahun. Penantian yang diiringi dengan doa  and  harapan. InsyaAllah #MH370 #alwaysinMyHeart".

Seorang lagi pemegang akaun, @patenrazali berkata: "8 March 2014. Jangan pernah lupakan mereka. Al-Fatihah. #MH370AYearOn".

Sementara itu, Aizumi Daniyaka menerusi laman Facebooknya berkata: "Setahun kau genggam rindu yang terpendam...Tangisan kesedihan yang masih berlarutan...
Harapan kepulangan tidak pernah padam... Memori bersama menggamit kenangan #PrayForMH370 #MH370Setahun #BurungBesiMH370".

Mohd Syazwan Md Saman menulis di laman Facebooknya: "Sudah setahun meninggalkan kita. Semoga kau aman di sana #MH370 #MH370AYearOn". 

Di samping itu, pemegang akaun Instagram @izwan_azman86 pula memuat naik gambar seorang kanak-kanak di lapangan terbang dengan mesej: 

"Setahun berlalu, dan kami tidak pernah lupa. InshaAllah suatu hari nanti #mh370 #setahunmh370 #prayformh370".
Maira Elizabeth Nari, MH370, MAS

Artikel Lain