suria

Penerbangan AirAsia X Dilencongkan Sebab Isu Teknikal

KUALA LUMPUR: Penerbangan AirAsia X bernombor D7 223 dari Sydney ke Kuala Lumpur yang dilencongkan ke Melbourne pada Selasa adalah disebabkan masalah teknikal, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Airasia X Bhd berkata lencongan itu mematuhi semua garis panduan keselamatan antarabangsa penerbangan dan pesawat telah mendarat dengan selamat pada jam 1400 (waktu Australia) di Melbourne.

"Kami juga ingin menjelaskan bahawa ia merupakan tindakan berjaga-jaga dan bukan pendaratan kecemasan, seperti yang dilaporkan media yang dibuat tanpa sebarang pengesahan," katanya.

Setelah selesai semua pemeriksaan keselamatan yang perlu, pesawat berlepas semula dari Melbourne pada jam 1713 dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 2221 malam ini.

AirAsia X, Melbourne

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain