Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata Mohd Fakhrulrazi ditahan kira-kira 1.50 petang Rabu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Dia disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, di sini.
Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
Sebelum ini, tiga orang ditahan termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli; dan Naib Presiden Parti Keadian Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berhubung kes berkenaan.