suria

Himpunan #KitaLawan: Nik Nazmi dan Rafizi Dibebaskan

Nik Nazmi dan Rafizi dibebaskan pada malam Selasa.

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang ditahan reman selama tiga hari kerana menganjurkan  Himpunan #KitaLawan, Sabtu dibebaskan pada malam Selasa. 

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia memaklumkan perkara tersebut pada pukul 9.22 malam Selasa di akaun Twitter miliknya. 


"Alhamdulillah bebas, isteri yang bersemangat cekal sejak awal datang jamin bawa Ilhan. Ilhan jumpa je jerit 'abah'. Terima kasih semua," tulis Nik Nazmi. 

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor itu ditahan reman selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada pukul 10 pagi Ahad lalu. 

Sementara itu, peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Nik Nazmi berkata anak guamnya ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan berulang sebagai penganjur.

Beliau bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut kerana menurutnya, Nik Nazmi bukanlah pesalah dan beliau tak pernah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, meskipun beberapa kali didakwa.




Pada Selasa, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli turut ditahan kerana terlibat dengan #KitaLawan pada 7 Mac lalu. 

Rafizi menjadi individu keempat yang ditahan berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut selepas Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Nik Nazmi dan dan ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun demikian, Rafizi dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam Selasa. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain