ASP Badrol Hisham Othman, 44, didakwa memikat wanita berusia 43 tahun itu, yang juga isteri seorang guru berusia 48 tahun, dengan niat supaya wanita itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.
Badrol Hisham, yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Oktober 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan Badrol Hisham diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 10 April untuk sebutan.