Khabar angin ini tersebar pada Khamis dalam bentuk gambar laporan sebuah portal berita dalam talian yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata bahawa "mereka yang menyebarkan nota RM100 palsu di WhatsApp akan ditangkap!".
Penolong Ketua, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad mengesahkan bahawa gambar itu sememangnya dipalsukan dan bahawa khabar angin itu tidak benar.
"Ini adalah perbuatan sengaja dan berniat jahat yang dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab, tidak matang dan busuk hati.
ACP Asmawati menambah bahawa editor dari portal berita dalam talian itu juga telah mengesahkan bahawa gambar itu dipalsukan.