suria

Pemuda Maut Terjun Dari Tingkat Dua Pusat Beli-Belah

KLANG: Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah pusat beli-belah di Bukit Tinggi di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi berkata Mohd Nadahar Mansor, 27, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Beliau berkata mangsa bersama adik perempuannya dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu sekitar pukul 8 malam untuk membeli baju.

"Selepas membeli baju, mangsa dilaporkan mengajak adiknya ke aras dua pusat beli-belah itu sebelum bertindak memanjat pagar di aras tersebut dan terjun ke bawah," katanya.

Kamarul Zaman berkata siasatan awal menunjukkan mangsa mengalami gangguan mental sejak tiga tahun lepas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemuda Maut, Terjun, Klang

Artikel Berikut

Artikel Lain